Boling Padang (Lawn Bowl) Stadium Indera Mulia Ipoh
Sunday, June 8th, 2008Saturday, 19-Apr-2008,
Hari ini, aku pergi ke Stadium Indera Mulia Ipoh untuk sesi latihan bowling padang (also known as Lawn Bowls). Boling padang (Lawn Bowl) adalah sejenis permainan ketepatan seperti menembak dan memanah. Matlamat permainan ini adalah untuk membaling bowl paling hampir dengan sebiji bola kecil putih yang diberi nama “jack”. Jika bowl itu berhenti lebih dekat dengan “jack” berbanding pihak lawan, ia dipanggil 1 UP atau dalam erti kata lain, 1 mata diberi kepada anda. Boling padang atau Lawn Bowl biasanya dimain di kawasan luar yang berumput rata atau di dalam gelanggang yang disedia khas untuk permainan ini. Lepas dah penat bermain dari pukul 9 sampai pukul 11, aku dengan member2 pergi Arena Selera ( kalau tak silap aku lah) . Kitorang makan roti canai 10 keping. Seperti biasa, member aku Azim belanja kitorang semua.


